Menu
Peribahasa bermula dengan huruf "A" GPeribahasa | Maksud |
---|---|
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.) |
Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. | Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar. |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. |
Gagak bersuara murai. | Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya. |
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. |
Gagak lalu punggur rebah. | Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya. |
Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. |
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.) |
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. | Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu. |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah dipandang seperti kuman. | Terlalu marah. |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah empat kaki lagi tersaruk. | Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. |
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.) | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. |
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.) | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. |
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.) | Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. |
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). |
Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. |
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. |
Gajah mati, tulang setimbun. | Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya. |
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.) | Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.) | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. |
Gajah rompong belalai. | Raja yang tiada berkuasa. |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. |
Gajah seekor gembala dua. | Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya. |
Gajah terum di tengah rumah. | Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.) |
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. | Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia. |
Galas terdorong kepada Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. |
Gali lubang menutup lubang. | Meminjam wang untuk membayar hutang. |
Gamak-gamak seperti menyambal. | Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja. |
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. | Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.) |
Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. |
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. | Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. |
Garam dikulum tak hancur. | Orang yang pandai menyimpan rahsia. |
Garam jatuh di air. | Nasihat yang diterima dengan baik. |
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. |
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. |
Garuda diburu layang-layang yang dapat. | Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan. |
Gaya saja, rasanya wallah. | Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk. |
Gayung bersambut, kata berjawab. | Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.) |
Gayung tua, gayung memutus. | Perkataan orang tua biasanya tepat. |
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan. | Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.) |
Gedang kayu, gedang dahannya. | Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. |
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. | Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. |
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. (gelagah boreh = rambutan jantan.) | Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. |
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. | Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian. |
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. | Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak. |
Geleng seperti si patung kenyang. | Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya. |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. |
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.) | Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. |
Genggam bara api biar sampai jadi arang. | Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. | Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan. |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.) | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek |
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. |
Genting putus, biang tembuk. | Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai. |
Geruh luka ajal mati. | Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. |
Geruh menempuh dalam tubuh. | Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.) |
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. |
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. | Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara. |
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.) |
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.) | Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. |
Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. |
Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. |
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) | Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. |
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. | Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.) |
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. | Perbuatan yang tidak sempurna. |
Gulai terlampau serai maung rasanya. | Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia. |
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. | Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan. |
Gundahkan buah dimakan burung. | Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang. |
Gunung juga yang dilejang panas. | Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan. |
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. |
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. |
Menu
Peribahasa bermula dengan huruf "A" GBerkaitan
Peribahasa Peribahasa Melayu Peribahasa berangkap Peribahasa bermula dengan huruf "T" Peribahasa bermula dengan huruf "A" Peribahasa bermula dengan huruf "N" hingga "O"Rujukan
WikiPedia: Peribahasa bermula dengan huruf "A"